Mengapa Allah SWT menciptakan Dajjal???
Dr. Zakir Naik menjelaskan, pendeknya, Allah menciptakan dajjal untuk meguji / memberi cubaan kepada kita manusia, sungguh tiada cobaan / ujian yang lebih besar selain cubaan yang diturunkan Allah SWT dengan menurunkan dajjal diantara manusia.
Dr. Zakir Naik juga menambah kenapa Allah memberikan kekuatan kepada dajjal untuk menguasai dunia.
Itu kerana dalam surah Al-Baqarah iblis meminta kepada Allah untuk penangguhan seksaan kepadanya (iblis) kerana Allah telah mengutuknya (iblis) kerana kesalahan yang dilakukannya, sehingga iblis berkata:
“Aku akan menyesatkan semua pengikut-Mu (Allah) “.
Dan pada saat itu Allah SWT berfirman: “Aku memberi penangguhan (dari azab seksa) kepada kamu. Apa kamu fikir kamu hebat? Kamu (iblis) tidak akan dapat menyesatkan para pengikut-Ku (Allah), kau hanya boleh menyesatkan yang bukan pengikut-Ku (Allah) “.
Makna pengikut disini adalah hamba Allah yang taat dan Taqwa