Contoh teks observasi tentang banjir…?
Banjir
Kawasan disebalik
pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada
laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau
gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat
terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di
seluruh dunia.
Banjir adalah bencana
alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau
mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi
melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.
antara lain, banjir
boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku
banjir adalah:
1.Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku.
Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang
dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah
dipenuhi air.
2.Proses pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan.
Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari
kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya
banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air,
kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air
akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung.
Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
3.Hakisan sungai
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan
berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula
jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and
menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk
satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
4.Hutan tadahan
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan
haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem
dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke
permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap
akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan
dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara.
5.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh
tumbuhan
Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke
dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang
banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
6.Sistem perparitan tidak terancang
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan
sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek.