Intelektual islam adalah

Posted on

Intelektual islam adalah

Asas intelektual islam telah dijelaskan dalam al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Hujurat: 6)

Dalam ayat di atas, dijelaskan kepada kita bahawa jika sampai suatu berita, maka hendaklah diperhatikan dahulu dari mana sumbernya. Ini adalah satu tindakan intelektual. Intelektual Islam adalah subset atau sebahagian daripada kumpulan besar intelektual dalam dunia ini. Penapis intelektual Islam mesti condong kepada Islam. Seperti yang kita tahu sumber utama pemikiran Islam adalah al-Quran, as-sunnah dan ijmak ulama’. Oleh itu, penapis intelektual Islam mestilah condong kepada sumber-sumber ini. Intelektual Islam akan menilai setiap maklumat yang diterimanya menggunakan penapis yang terdiri dari sumber-sumber tersebut. Sebagai contoh, jika seorang intelektual islam menerima suatu hadis dari seseorang atau dari sumber internet, beliau akan menapis hadis tersebut dengan merujuk kepada quran, sunnah dan ijmak para ulama’, dan beliau tidak mudah menerima hadis tersebut melainkan setelah ia terbukti bertepatan dengan sumber-sumber tersebut.

APA BEDANYA INTELEKTUAL ISLAM DENGAN INTELEKTUAL BARAT?

Intelektual Barat tidak menggunakan penapis yang sama sebagaimana yang digunakan oleh intelektual Islam. intelektual barat menggunakan penapis akal dan logik semata-mata. Oleh karena itu, pandangan seorang intelektual barat banyak bergantung kepada pandangan akal dan logik seperti falsafah dan sains.

Maka dari itu, sebelum berdebat dengan mereka intelektual Islam mesti menyedari bahawa lawan debat mereka ini iaitu intelektual barat tidak menggunakan penapis yang sama dengan mereka. Karena cara mereka berfikir dan melihat suatu isu atau perkara juga berbeda dengan intelektual Islam.

KESIMPULAN:

Berdasarkan pernyataan diatas, bisa disimpulkan bahwa Intelektual islam adalah seseorang atau beberapa orang yang mempunyai sebuah pola pikir yang membawa keberadaan individu ketingkat yang lebih dinamis tetapi didasarkan pada sumber sumber ajaran agama islam yaitu Al-Qur’an, As-sunnah, dan Ijmak ulama.

bermula dengan di turun kan nya wahyu pertama kepada nabi kita Muhammad SAW dalam sejarah intelektual islam ilmu pengetahuan sangatlah di agung kan.