Asbabun Nuzul dari QS. At-Taubah ayat 71 dan QS. Al-Baqarah 1-5 apa?
Asbabun Nuzul berarti sebab turunya al-qur'an
1. Qs. At Taubah ayat 71: Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian
mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh
(berbuat) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat,
menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan
diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa[25] lagi Mahabijaksana[26].
2. Qs. Al Baqarah ayat 1-5
Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5
Muqaddimah
Surah
"Al-Baqarah" yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebehagian besar
diturunkan pada permulaan tahun Hijrah,kecuali ayat 281 durunkan di Mina
pada Hajji wadaa' (haji nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir).Seluruh
ayat dari surah Al-Baqarah termasuk golongan Madaniyyah,merupakan surah
yang terpanjang diantara surah-surah Al-Quran yang didalamnya terdapat
pula ayat yang terpanjang (ayat 282)
Surah ini dinami surah "Al-Baqarah" kerana di dalamnya disebutkan kisah
penyembelihan sapi betina yang dperintahkan Allah s.w.t kepada Bani
Israel (ayat 67 sampai ayat 74),di mana dijelaskan watak oarng yahudi
pada umumnya.Dinamai "Fushaatul Quran" (puncak Al-Quran) kerana
memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang
lain.Dinamai juga surah "alif-lam-mim" kerana surah ini dimulai dengan
"alif-lam-mim"
asbabun nuzul (sebab ayat diturunkan) ayat 2 hingga 5
Mujahid menjelaskan,bahawa empat ayat pertama tersebut duturunkan untuk
menerangkan sifat-sifat dan perilaku orang mukmin (HR. Faryabi dan Ibn
Jarir)
isi-isinya
1.Keimanan:
-Dakwah Islamiyah yang dihadadkan kepada umat islam,ahli kitab dan para musyrikin
2.Hukum-hukum:
-perintah mengerjakan solat;menunaikan,hukum puasa ,hukum haji dan
umrah,Hukum qisas,hal-hal yang halal dan yang haram;bernafkah di jalan
Allah;hukum arak dan judi;cara menyantuni anak yatim;larangan
riba,hutang piutang;nafkah yang berhak menerimanya;wasiat kepada dua
orang ibubapa dan kaum kerabat;hukum sumpah;kewajipan menyampaikan
amanah;sihir hukum merosak masjid;hukum merubah kitab-kitab Allah;hukum
haid,'iddah,talak,khuluk,illakdan hukum susuan;hukum
melamar,mahar,larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya;hukum
perang
3.kisah-kisah
-Kisah nabi Adam a.s;kisah nabi Ibrahim a.s;kisah nabi Musa a.s dengan bani Israel
4.dan lain-lain
-Sifat-sifat orang yang bertakwa;sifat-sifat orang munafiq;sifat-sifat
Allah;perumpamaan-perumpamaan;arah kiblat,kebangkitan selepas mati.
terjemahan dari surah al-baqarah
Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 1-5 yang bermaksud:
1.Alif Lam Mim
2.Kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
3.(iaitu mereka yang beriman) kepada yang ghaib,yang mendrtikan
sembahyang dan menafkahkan setiap rezeki yang kini dianugerahkan kepada
mereka
4.dan orang-orang yang beriman kepada (kitab)yang diturunkan kepada
engkau (ya muhammad)dan (kitab) yang diturunkan sebelum engkau,sedang
mereka itu yakin akan adanya hari akhirat
5.mereka itu atas petunjuk daripada tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang menang
tafsir dari ayat
-kata-kata ulama bahawa alif-lam-mim itu,Allah yang mengetahui
maksudnya.Tetapi setengah mereka mengatakan,bahawa ia nama surah yakni
surah ini ada dua namanya
a.surah al-baqarah b.surah al-imran
Orang-orang yang bertakwa iaitu:
-orang-orang yang percaya kepada sesuatu yang ghaib (sesuatu yang tidak
dapat ditangkap dengan salah satu pancaindera),seperti percaya ,bahawa
di atas kekuasaan manusia ada yang maha kuasa,iaitu Allah.Orang-orang
yang beragama memang percaya kepada yang ghaib itu.Tetapi orang yang
tiada agama tiada percaya,melainkan kepada apa-apa yang dapat disaksikan
dengan pancaindera atau dengan perkakas ilmu alam dan kimia.Pada abad
XX ini sudah banyak profesor-profesor di eropah dan Amerika yang telah
percaya kepada yang ghaib,iaitu tatkala mereka menyelidiki "ilmu
spritualisme" dan "ilmu hypnotisme" (mesmerisme).Dengan percubaan mereka
telah banyak orang-orang yang terpelajar di Eropah yang percaya dengan
adanya roh manusia,sebagai pokok bagi mereka untuk percaya kepada
Allah,Malaikat dan sebagainya
-Orang-orang yang mendirikan sembahyang,ertinya mengerjakan sembahyang
denga jasmani dan hati yang khusyuk.Adapun orang yang sembahyang dengan
jasmani saja,sedang hatinya tidak menghadap Allah s.w.t,maka orang itu
tidak dinamai mendirikan sembahyang.
-Orang-orang yang membayarkan sebahagian hartanya untuk menolong fakir miskin (berzakat)
-Mereka yang percaya kepada Al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dahulu kala
-Mereka percaya dan yakin akan hari yang kemudian (hari akhirat).Waktu
itu akan diseksa orang-orang yang membuat kejahatan dan memberi nikmat
kepada oarng-orang yang membuat kebaikan
Orang-orang taqwa itulah yang menang dan sukses dari dunia sampai ke
akhirat.Dan itulah mereka yang mendapat nikmat daripada Allah serta
tiada dimurkai dan tiada pula sesat (al-fatihah ayat 7)