Asbabun nuzul surah al balad
ASBABUN NUZUL
Surah Al-Balad terdiri dari 20 ayat. Kata Al-Balad, yang bererti "Negeri", diambil dari ayat pertama. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yakni turun sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah. Hampir semua pakar tafsir menegaskan hal tersebut. Namanya dalam Shahih Al-Bukhari adalah surah La Uqsimu seperti bunyi kalimah pertamanya. Ada juga yang menamainya seurah Al-Balad.
Surah ini mengandungi isyarat tentang kedudukan mulia kota Makkah sekaligus menjelaskan bahawa manusia diciptakan dengan kudrat serta potensi menghadapi serba kesulitan sejak ia dilahirkan hingga sampai ke liang lahat dan kenyataan tersebut mengharuskannya selalu siap berjuang menghadapi berbagai tentangan. Salah satu bentuk perjuangan mengangkat taraf hidup orang-orang yang lemah seperti anak-anak yatim.
Tujuan utama surah ini menurut Al-Biqa'i, adalah membuktikan betapa manusia sangat lemah dan bahawa kuasa dan kekuatan hanya dimiliki oleh Allah SWT. Pada surah ini juga menurutnya diuraikan keresahan dan kesedihan manusia serta sebab yang menghantarnya kesana, baik ia suka atau tidak, sambil menjelaskan cara untuk mengatasi keresahan itu.
Namanya Al-Balad, yang menunjukkan Kota Makkah, mengisyaratkan hal itu. Siapa yang memerhatikan rasa aman yang dinikmati penduduk Makkah dan rezeki serta kesejahteraan yang melimpah disana. Padahal peringkat awalnya ia adalah sebuah negeri yang gersang berbeza dengan negeri lain yang lebih kaya dan kuat. Siapa yang memerhatikan hal tersebut akan menyedari tujuan utama uraian surah ini.
semoga bermanfaat