Carilah ayat alquran atau hadis yang mengisahkan kehidupan abu bakar as-siddiq!

Posted on

Carilah ayat alquran atau hadis yang mengisahkan kehidupan abu bakar as-siddiq!

Ketika Rasulullah S.a.w hijrah ke Madinah baginda ditemani oleh Abu Bakr r.a. Dalam perjalanan, mereka sempat singgah di Gua Tsur untuk menghindari kejaran kaum kafir. Berkaitan dengan kisah tersebut Allah S.w.t berfirman, "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya……." [Surah at-Taubah : ayat 40]

Mengenai firman Allah, "Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya", Ibnu Abbas berkata, "Maksudnya, Allah menurunkan ketenangan kepada Abu Bakr kerana Rasulullah S.a.w sentiasa diliputi ketenangan." [1]

Dikisahkan bahawa Abu Bakr r.a membeli Bilal r.a dari Umayyah ibnu Khalaf dan Ubay ibnu Khalaf dengan satu selendang dan sepuluh uqiyah emas (timbangan seberat 40 dirham). Lalu Abu Bakr membebaskan Bilal dengan mengharapkan keredhaan Allah. [2]Kemudian Allah menurunkan firman-Nya tentang sikap itu, "Sesungguhnya usaha kamu sekalian memang berbeza-beza." [Surah al-Lail : ayat 4] Maksudnya ialah usaha Abu Bakr, Umayyah dan Ubay.

#Semoga bermanfaat