Faktor berlaku jeti runtuh
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung
'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara
lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada
besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan
ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar
dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas
Butterwoth – keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi
jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh.
Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas
menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di
bawah remuk