apa yang mendukung kalau media itu mempengaruhi masyarakat.
Jelaskan bagaimana media mempengaruhi masyarakat dan teori
Cara masyarakat mendapat informasi dahulu ialah media
cetak, kini media elektronik (tv,radio,video,dll). Jangkauan audiens
lebih luas dan maklumat juga lebih banyak dan teratur. Penggunaan media
baru seperti media baru seperti internet, mempelbagaikan hubungan antara
manusia di seluruh pelosok dunia.
Menurut Mc Quail dalam bukunya Mass Communication Theories (2000 : 66 ) ada enam perspektif peranan media iaitu;
"window
on event and experience"-Media dipandang sebagai tetingkat yang
membolehkan khalayak melihat perkara atau sesuatu yang sedang berlaku di
luar pengetahuan seseorang.Dalam erti kata lain media merupakan saranan belajar untuk mengetahui pelbagai peristiwa."a mirror
of event in society and the worl, implying a faithful reflection
"-Media dianggap sebagai cermin kepada pelbagai peristiwa yang ada dalam
masyarakat dan dunia .
"Garekeeper "-Media juga
dianggap sebagai penapis yang memilih berbagai hal untuk diberi
perhatian atau tidak.media sentiasa memilih isu,maklumat atau bentuk
content yang lain berdasarkan standart para pengelolanya.
"Guide "-Media juga dikenali sebagai penunjuk jalan atau interpreter,yang menterjemahkan dan menunjukkan arah atas pelbagai ketidakpastian atau alternatif yang pelbagai.
"forum
"-Media turut dikenali sebagai forum untuk mempresentasikan berbagai
maklumat dan idea-idea kepada khalayak,sehingga memungkinkan terjadinya
tanggapan dan maklum balas.
"interlocuter"-Media turut
dikenali sebagai interlocuter yang tidak hanya sekadar tempat berlalu
lalangnya maklumat ,tetapi juga pasangan berkomunikasi yang membolehkan
berlakunya interaktif.