Jelaskan reaksi di negeri brunei terhadap pembentukan malaysia.

Posted on

Jelaskan reaksi di negeri brunei terhadap pembentukan malaysia.

Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan kemasukan Brunei dalam persekutuan Malaysia kerana beberapa permintaan beliau tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah tanah melayu.

Antara tuntutan Brunei seperti berikut :-
Menuntut 10 kerusi dalam parlimen
-Menguasai semua hasil minyak
-Memegang autonomi hal-hal keuwangan pada peringkat awal
-Mengekalkan semuapelaburannya
-Mengekalkan kadar percukaian yang rendah
-Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
-Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
-Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada tarikh baginda menjadi Sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia

Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman tapi Sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian Malaysia. Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya.