Karangan rumah idaman saya

Posted on

Karangan rumah idaman saya

Rumah merupakan tempat perlindungan daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah juga merupakan tempat untuk kita merehatkan diri.

Saya juga ingin memiliki sebuah rumah yang sederhana besarnya. Saya akan membina rumah itu di atas sebidang tanah. Rumah itu memiliki atap genting kerana ianya tahan lama.

  Rumah impian saya ini akan dibina dengan menggunakan barang yang berkualiti. Saya akan membina barang yang berkualiti seperti kipas, lampu dan lain- lain.

.      Rumah impian saya ini akan mempunyai pelbagai kelengkapan. Saya akan menyediakan sebuah bilik bacaan yang dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar. Di dalam bilik bacaan ini juga akan terdapat buku dan majalah. Saya ingin menggalakkan keluarga saya menggunakan kelengkapan ini.

Saya ingin kawasan rumah yang sangat besar. Saya juga ingin mempunyai kebun yang sangat luas.Ayah saya ingin menanam pokok mangga, pokok rambutan dan lain – lain. Mak saya pula ingin memelihara arnab yang sangat comel.

Saya juga ingin berharap akan mempunyai rumah impian seperti di atas. Selain itu, saya juga ingim mempunyai rumah banglo tiga tingkat dan mempunyai dekorasi yang sangat cantik.

.