Tolong dijawab ya Kak mau dikumpulin hari ini juga, kaitan qada dan qadar dari cerita Nabi Musa adalah
Jawaban:
Qadak dan Qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmu-Nya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.
Qadak Muallaq adalah ketetapan yang boleh berubah. Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata, “Mengikut pendapat yang hak, Loh Mahfuz menerima penghapusan dan penetapan.”
Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak Qadak itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah SWT. Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah SWT tidak akan mempersia-siakan mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah . Nabi Musa a.s. pernah bertanyakan Allah SWT bagaimana Dia menetapkan suatu takdir kepada manusia di dunia ini. Lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s. pergi disatu sungai dan terdapat sebuat batu yang besar dan baginda hendaklah melihat saja dicelah-celah batu tersebut peristiwa yang akan berlaku dan biarkan peristiwa itu berjalan jangan diganggu.
Apabila Nabi Musa a.s melihat di celah-celah batu besar tersebut tiba-tiba datang seorang pemuda berkuda dan beliau berhenti ditebing sungai tersebut dan membasuh muka, pemuda tersebut telah meletakkan sebuah uncang berisi emas ditebing sungai tersebut lalu beredar dari situ. Selepas itu datang seorang lelaki pergi ketempat tersebut dan terjumpa uncang emas tersebut lantas beliau mengambil uncang tersebut dan beredar dari situ. Selepas itu datang pula seorang lelaki tua yang buta dan sampai ditempat yang sama membasuh mukanya, lalu pemuda yang berkuda tadi datang semula ketempat tersebut dan meminta uncangnya daripada orang buta tersebut . Lelaki buta itu mengatakan beliau buta dan mengaku tak mengambil barang tersebut. Pemuda itu tak puas hati maka berlakulah pergaduhan tersebut sehinggakan beliau mengeluarkan pisau dan membunuh lelaki buta tadi.
Setelah berlaku peristiwa terebut Allah SWT menceritakan kepada Nabi Musa a.s. bahawa pemuda tersebut baru saja merompak dirumah lelaki tadi . Dan bila terjumpa uncang tersebut lelaki itu mengambilnya kerana merasakan barang ini adalah hak milik keluarganya. Orang tua yang buta itu, 20 tahun dahulu adalah orang jahat yang lalu telah merompak keluarga pemuda tersebut dan membunuh kedua ibu-bapanya ini adalah pembalasan terhadap kezaliman yang beliau lakukan dahulu.
Daripada peristiwa tersebut insaflah Nabi Musa a.s. bahawa balasan Allah SWT pasti berlaku kepada sesiapa yang melakukan kezaliman kepada orang lain dan ianya berlaku di dunia lagi sebelum tiba seksaan di hari akhirat.
Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawasanya sesiapa sahaja yang berbuat zalim kepada orang lain di dunia ini samaada zalim itu berbentuk membuat fitnah, mengambil hak orang lain, mencuri, mencederakan atau membunuh seseorang maka balasannya pasti akan diterima di dunia ini seperti mana kisah di atas. Tetapi sekiranya mereka tidak di balas di dunia maka di hari akhirat pasti akan menerima azab seksa daripada Allah SWT.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)
Penjelasan:
http://drhalimi.blogspot.com/2014/02/qada-dan-qadar-kisah-nabi-musa.html?m=1
semoga membantu